Guru pukul murid guna penyapu diperintah bayar ganti rugi RM85,000

Shah Alam, Okt-
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang bekas guru sekolah kebangsaan di Selayang, yang memukul bekas muridnya menggunakan penyapu sehingga berdarah dan menerima lima jahitan di kepala membayar ganti rugi berjumlah RM85,000.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Hazizah Kassim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pelajar berkenaan, kini berumur 13 tahun, diwakili bapanya selaku plaintif terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Selayang yang menolak saman terhadap guru wanita berumur 60 tahun itu.

“Insiden kes ini amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku di institusi sekolah yang merupakan institusi pendidikan kanak-kanak di negara ini. Ia diharap menjadi pengajaran dan tidak berulang lagi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here