Seremban, Apr-
Lelaki yang mempunyai hobi pelik mencuri pakaian dalam wanita dan wajahnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian di Kampung Baru Rasah, di sini kelmarin, ditahan polis, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, hasil risikan pihaknya mengenal pasti suspek dan mengarahkan lelaki itu menyerah diri.
“Suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan ketika hadir ke Balai Polis Campbell, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi selepas dipanggil.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan siasatan masih dijalankan termasuk pembabitan suspek dalam curi lain di kawasan ini,” katanya.



















