Putrajaya, Apr-
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49, berbanding 4.60 pada 2023.
Analisis Keputusan SPM 2024 menunjukkan bilangan calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2024 meningkat kepada 14,179 atau 3.7 peratus, berbanding 11,713 calon pada 2023.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan, berkata bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2024, turut menunjukkan peningkatan, iaitu seramai 86,040 calon, berbanding 83,112 calon pada 2023.