Kuala Lumpur, Mei-
Seorang kanak-kanak cedera parah selepas ditikam bapa kandung dengan pisau pemotong sayur dalam kejadian di Pasir Mas, Kelantan, pagi semalami.
Polis berkata, si bapa menikam budak lelaki berusia 11 tahun itu dua kali di dada dan sekali di perut.
Ketua Polis Pasir Mas Kama Azural Mohamed berkata, mangsa sedang dirawat di Hospital Pasir Mas dan akan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
Suspek ditahan selepas polis menerima aduan daripada orang awam pada 9.08 pagi, susulan kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira 9 pagi.
“Suspek dipercayai menghidapi masalah mental dan telah menerima rawatan psikiatrik sejak 2008,” katanya, lapor Bernama.
“Kejadian dipercayai berpunca daripada krisis rumah tangga yang dihadapi suspek yang kini dalam proses penceraian kali ketiga dengan isterinya.”





















