Masalah anjing liar tanggungjawab kerajaan – MB N Sembilan

KOTA KINABALU 18 DECEMBER 2015. Anjing liar berkeliaran di kawasan kedai berhampiran Taman Perumahan Palm Beach. NSTP/Roy Goh

Kuala Lumpur, Mei-
Seorang peguam mengkritik Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun kerana mencadangkan supaya NGO dan orang ramai mengambil anjing liar ditangkap di bawah program pelupusan dicadangkan kerajaan negeri.

Rajesh Nagarajan dari Lawyers for Animal Rights berkata kerajaan negeri mempunyai sumber untuk menangani isu populasi berlebihan anjing liar dan tidak sepatutnya mengharapkan pembayar cukai memikul beban tersebut.

“Jika ada masalah anjing liar, maka menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyelesaikannya,” kata aktivis itu kepada FMT.

“Kalau ada lubang di jalan, adakah kita minta orang ramai tampal sendiri? Jadi, untuk apa mereka membayar cukai? Menteri besar sepatutnya memohon maaf atas kenyataan tidak masuk akal itu.”

Rajesh berkata Aminuddin sepatutnya berterima kasih kepada NGO yang membantu walaupun tidak mempunyai kewajipan undang-undang, sambil menambah ramai antara mereka sudah menyelamat dan menyediakan semula tempat tinggal dengan sumber terhad.

Walaupun bersetuju perbandingan Aminuddin terhadap negara tiada masalah anjing liar, beliau berkata pentadbirannya melaksanakan program tangkap-mandul-lepasan (TNR) yang berperikemanusiaan dan sistematik bukan dibunuh.

Pada 30 April, DUN Negeri Sembilan sebulat suara bersetuju sebahagian anjing liar di kawasan perumahan majoriti Melayu-Islam perlu disingkirkan bagi menangani isu keselamatan.

Aminuddin dilaporkan mengkritik NGO dan aktivis yang mengadakan protes terhadap kerajaan negeri minggu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here