Kuala Terenganu, Mei-:
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 Sdn Bhd menjangkakan peningkatan trafik hingga 60,000 kenderaan sehari di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sempena cuti perayaan Aidiladha.
LPT2 dalam kenyataan hari ini, memaklumkan jumlah peningkatan kenderaan dijangka berlaku pada hari puncak, iaitu 5 dan 6 Jun serta 8 dan 9 Jun.
“Sehubungan itu, pengguna lebuh raya yang pulang ke kampung atau bercuti di Pantai Timur menggunakan LPT2 dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal pada musim perayaan ini,” menurut kenyataan berkenaan.
Dalam pada itu, LPT2 Sdn Bhd memaklumkan, pihaknya bersiap sedia untuk menguruskan peningkatan trafik di lebuh raya melalui beberapa inisiatif.





















