Putrajaya, Jun-
Agensi Kawalan Pintu Sempadan menghantar pulang 279 warga asing terdiri daripada rakyat Bangladesh, Pakistan dan India yang dihalang masuk kerana tidak memenuhi syarat kemasukan ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
AKPS memaklumkan, jumlah pengusiran itu adalah rekod harian tertinggi bagi kes ‘Not To Land’ (NTL) sejak penubuhan Pasukan Pemantau AKPS KLIA pada 2023.
Katanya, trend kemasukan warga asing secara tidak sah ini dilihat semakin meningkat, khususnya ketika kemuncak ketibaan dan musim cuti umum di Malaysia.
“Keadaan kesesakan dan aliran pelawat yang tinggi sering dimanipulasi oleh segelintir individu untuk menyelinap masuk dengan menyalahgunakan kemudahan kemasukan.
“Semua individu terbabit telah diarahkan pulang ke negara asal masing-masing serta-merta, selepas proses dokumentasi dan semakan lanjut dijalankan oleh pegawai AKPS,” katanya menerusi kenyataan hari ini.





















