Kerajaan utama projek beri manfaat kepada rakyat -PM

Rom, Julai-
Kerajaan Madani sanggup membuat keputusan yang keras dan kadangkala tidak popular bagi memastikan pembangunan serta projek yang memberi manfaat kepada rakyat boleh dilaksanakan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang berada di sini untuk lawatan kerja selama tiga hari, berkata meskipun terdapat kritikan terhadap langkah kerajaan melaksanakan dasar tertentu seperti rasionalisasi subsidi atau tarif, ia harus dilakukan demi manfaat kepada rakyat.

“Semua kerajaan dan semua perdana menteri sebelum ini menyatakan bahawa subsidi yang dinikmati oleh warga asing akan ditarik balik namun tiada siapa yang mengambil tindakan sewajarnya,” kata beliau pada Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia di sini malam tadi.

Perdana menteri juga berkata pelbagai tindakan telah diambil oleh kerajaan Madani termasuk melaksanakan rasionalisasi subsidi dan cukai bagi membina lebih banyak sekolah, universiti serta hospital yang akan membantu rakyat.

Semasa majlis makan malam itu, Anwar turut berkongsi pelbagai program dan dasar yang sedang dilakukan oleh kerajaan Madani bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here