Kuala Kumpur, Julai-
Kementerian Dalam Negeri (KDN) diberi mandat memulakan pendaftaran pelarian bagi mempercepat usaha menangani isu itu.
Menteri Saifuddin Nasution Ismail, berkata langkah tersebut dilaksana susulan masalah memiliki data ‘boleh dipercayai’ didepani selama ini.
“Sekarang pendaftaran (pelarian) dibuat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR), namun proses perkongsian data itu panjang.
“Maka, KDN diminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengetuai proses mendaftar pelarian,” katanya selepas menghadiri Intan Minister’s Conversation (IMC) 2025 bertemakan ‘Negara Kita, Keselamatan Tanggungjawab Bersama’ di Auditorium Intan Bukit Kiara.




















