SEORANG WANITA CUBA BUNUH DIRI BERJAYA DISELAMATKAN

Petaling Jaya, Jul 24-

Seorang wanita warganegara tempatan, 37 tahun cuba bunuh diri berjaya diselamatkan di Pelangi Damansara, Petaling Jaya semalam jam pukul 1. 42 tengah hari. Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara berjaya selamatkan  wanita berkenaan.

Sampai dilokasi didapati terdapat seorang wanita berbangsa India berada di bingkai tingkap bilik di tingkat 14 dipercayai cuba membunuh diri dan pintu grill dan pintu depan berkunci. Pasukan bomba Damansara  memohon bantuan air cusion dari BBP Shah Alam.

Dengan sepantas, anggota BBP Shah Alam membuat kerja-kerja memasang air cusion  dan membantu kerja memasang tali supaya menyelamatkan wanita  di tingkat 16 dan anggota bersedia untuk memecah pintu grill dan pintu utama. Wanita berjaya diselamatkan dan serah pada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Sebab cubaan bunuh diri wanita berkenaan masih disiasat oleh pihak polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here