Kuala Lumpur, Julai-
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor bertungkus-lumus 20 jam sehari memadamkan kebakaran membabitkan kawasan seluas 1.64 hektar di tapak pelupusan sampah haram di Rawang yang mula dikesan sejak Ahad lalu.
Penolong Pengarah JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata setakat ini kira-kira 50 peratus kawasan terjejas sudah pun dipadamkan dengan menggunakan kaedah pemadaman secara direct attack bagi menyekat api daripada terus merebak ke kawasan berdekatan.
“Operasi turut dibantu dengan penggunaan jentera berat seperti jengkaut bagi menggali dan memadam sisa kebakaran serta memusnahkan akar yang masih berbara,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata beberapa tompokan panas turut dikesan di lokasi berbeza sekitar kawasan terjejas, dengan usaha pemadaman masih diteruskan.
“Kelengkapan dron dilengkapi pengesanan inframerah turut digunakan bagi mengenal pasti tompokan panas di lokasi berkenaan dan setakat initiada mangsa dilaporkan terbabit, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.




















