Kematian Zara Qairina – Ribuan berhimpun tuntut keadilan

Sandakan, Ogos-
Ribuan orang membanjiri Dataran Harbour Mall di sini bagi menghadiri perhimpunan menuntut keadilan berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Orang ramai mula hadir seawal jam 7 malam semalam bagi menunjukkan sokongan dengan membawa sepanduk dan kain rentang, manakala anggota polis turut berada di lokasi bagi mengawal keadaan.

Selain deklamasi puisi, perhimpunan lebih dua jam itu turut diisi dengan ucapan, doa serta persembahan teater.

Penyelaras Sekretariat Solidariti Untuk Zara, Mohamad Kadir Abdul Jalil, berkata program itu sebagai tanda solidariti dan simpati terhadap keluarga Allahyarhamah, selain mendesak kebenaran di sebalik insiden itu didedahkan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here