Kuala Lumpur, Sep-
Hari keenam pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah jualan mencecah RM107.1 juta membabitkan 1.7 juta penerima setakat 9.30 malam tadi.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan kadar transaksi kekal stabil pada 99% semalam.
“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang lima hari lepas menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai.
“Secara keseluruhan, sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lepas, lebih 8.3 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA bulanan dengan jumlah perbelanjaan rakyat daripada enam hari mencecah RM536.9 juta di seluruh negara.”
Bantuan SARA yang disalurkan secara sekali beri melalui MyKad bermula 31 Ogos itu memanfaatkan 22 juta rakyat membabitkan peruntukan RM2 bilion.





















