Komen kaitkan dengan pengetua sekolah Zara -Fadhlina lapor polis

Kuala Lumpur, Sep-
Menteri pendidikan membuat laporan berhubung komen di media sosial mengaitkan beliau dengan pengetua sekolah Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu yang meninggal dunia di Sabah pada Julai.

Fadhlina Sidek berkata, beliau membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan fitnah mengaitkannya dengan pengetua SMKA Tun Datu Mustapha di Papar.

Katanya, ada beberapa individu yang cuba mengaitkan beliau dengan pengetua sekolah itu.

“Setakat tepis dan nafi, ternyata tidak menjadi pengajaran. Apatah lagi fitnah itu mengaitkan arwah ibu saya yang sudah tiada di dunia ini untuk mempertahankan dirinya.

“Fitnah yang ditaja secara jahat dan disebarkan telah memberikan implikasi kepada masyarakat,” katanya di Facebook, dengan tangkap layar komen berkenaan.

Fadhlina berkata, tindakan undang-undang juga akan diambil, sebagai pengajaran kepada semua pihak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here