Semua dalam kereta akan diwajibkan pakai tali pinggang keledar

Putrajaya, Sep-
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna dan penumpang kenderaan persendirian di seluruh negara, kata Ketua Pengarah, Datuk Aedy Fadly Ramli.

Tanpa mendedahkan tarikh mula penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar itu, beliau berkata keutamaan JPJ ketika ini ialah melaksanakan advokasi pemakaian tali pinggang keledar antaranya melalui kempen “Klik Sebelum Gerak”.

Beliau berkata kempen ‘Klik Sebelum Gerak’ dilancarkan sebagai usaha memperkukuh budaya keselamatan jalan raya dan menekankan kepentingan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna kenderaan iaitu pemandu dan penumpang kenderaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here