Serang pengawal keselamatan hingga maut, 5 ditahan

Kuala Lumpur, Sep-

Lima lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pengawal keselamatan maut selepas diserang dengan senjata tajam dalam satu pergaduhan di kawasan rumah kedai di Semenyih, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata sebelum kejadian, pengawal keselamatan itu terlibat perselisihan faham dengan rakannya, iaitu seorang pemandu lori warga tempatan berusia 37 tahun, ketika sedang minum bersama empat rakan.

“Dalam kejadian di kawasan padang sebuah taman perumahan di Semenyih itu, pemandu lori berkenaan cedera di jari akibat terkena senjata tajam dan semua lima individu terbabit kemudian beredar dari lokasi.

“Pada kira-kira 4.30 pagi, pemandu lori bersama rakan-rakannya yang tidak berpuas hati telah pergi ke tempat tinggal pengawal keselamatan berusia 38 tahun itu, iaitu di deretan rumah kedai di kawasan Semenyih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here