Ipoh, Sep-
Sebanyak 18 rumah dan sebuah masjid terjejas akibat ribut serta angin kencang yang melanda sekitar kawasan Pantai Remis, Manjung .
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Manjung dalam kenyataan malam ini, memaklumkan menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada 8.56 pagi melalui aplikasi WhatsApp daripada kumpulan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
“Kejadian berlaku sekitar 12.30 tengah malam susulan hujan lebat dan angin kencang berterusan. Anggota APM digerakkan ke lokasi kejadian pada 12.20 tengah hari sebelum tiba di Masjid Al-Aliah pada 1.15 tengah hari.
“Pemeriksaan mendapati beberapa bumbung masjid serta rumah penduduk termasuk di Taman Nelayan 2, Jalan Pengkalan Baru dan Kampung Cina rosak serta mengalami kebocoran,” menurut kenyataan itu.























