Kuala Lumpur, Sep-
Sindiket dadah dikesan menggunakan taktik mencampur bahan terlarang itu dalam minuman sebelum dijual kepada pelanggan di pusat hiburan sekitar Lembah Klang.
Berdasarkan rekod, minuman dalam botol itu termasuklah teh herba yang sudah dicampur dadah khususnya jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dijual kepada pelanggan pada harga sehingga RM450 sebotol.
Taktik itu dibongkar polis susulan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 25 September lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendi Sulaiman, berkata serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dang Wangi kira-kira jam 10.20 malam itu membawa penemuan 503 botol berisi cecair disyaki MDMA dengan anggaran berat 239.5 kilogram (kg) serta 18 paket serbuk disyaki dadah jenis sama seberat 298.4 gram (g).
“Kita turut menemukan 70 pil disyaki Erimin 5 seberat 20g serta 20 paket plastik lut sinar mengandungi bahan disyaki ketamin seberat 19.6g.




















