Pukul anjing sampai mati – Mekanik didenda RM20,000

Ipoh, Okt-

Seorang mekanik23, dijatuhi hukuman denda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

M. Thineshkumar, 23, mengaku bersalah mencederakan seekor anjing sehingga mati, dua minggu lalu.

“Anjing itu menggigit saya, sebab itu itu saya pukul,” demikian kata Penyataan itu dibuat Thineshkumar dalam bahasa Tamil yang dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah ketika rayuan supaya hukuman diringankan di hadapan Majistret Anis Hanini Abdullah.

Anis Hanini menetapkan tertuduh yang juga dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan kejam memukul seekor anjing jantan menggunakan sebatang besi sehingga cedera.Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Lebuh Kledang Utara 30, Taman Arkid, antara jam 10.30 malam 18 September 2025 hingga 9 pagi keesokannya pada 19 September lalu.

Anjing terbabit tidak mengalami kecederaan serius sewaktu dipukul oleh tertuduh sekitar jam 10.30 malam di mana perbuatan itu turut cuba dihalang oleh ibu pemilik anjing berkenaan, selain perbuatan itu juga turut dirakam menggunakan telefon bimbit pemilik anjing.

Bagaimanapun, tertuduh yang mempunyai pertalian darah dengan pengadu didapati sekali lagi memukul anjing terbabit sehingga berlumuran darah yang membawa kepada kematian sekitar jam 9 pagi keesokannya iaitu sewaktu pemilik anjing berkenaan berada di tempat kerja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here