22 pelajar MRSM Merbok disahkan positif influenza

Sunga Petani,Okt-
Seramai 22 daripada 302 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Merbok disahkan positif influenza.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Mansor Zakaria, berkata walaupun jumlah pelajar bergejala agak tinggi, keadaan masih terkawal dan tiada kes serius setakat ini.

“Ya, memang maklumat awal menunjukkan seramai 302 pelajar terlibat dengan influenza.

“Hanya 22 pelajar memerlukan rawatan lanjut, manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar serta dibenarkan pulang selepas pemeriksaan kesihatan ,” katanya hari ini.

Mansor berkata, kebanyakan pelajar yang mempunyai simptom dibenarkan pulang ke rumah bagi meneruskan pembelajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Langkah itu bagi mengelakkan penularan jangkitan dalam kalangan pelajar lain memandangkan penyakit ini mudah merebak.

“Mereka ini ramai dari Kedah, sebahagiannya dibenarkan pulang kecuali pelajar Tingkatan Lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here