Kuala Lumpur, Okt-
Dua lelaki yang ditahan polis susulan letupan mercun di tepi Jalan Paya Besar, Kulim sempena sambutan Deepavali hingga menyebabkan 22 cedera, direman tujuh hari untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Kulim, Zulkifli Azizan, berkata suspek yang masing-masing berusia 34 dan 23 tahun itu direman bermula hingga 27 Oktober ini untuk membantu siasatan.
Terdahulu, media melaporkan 22 cedera termasuk seorang parah di dahi dalam insiden letupan akibat pembakaran mercun di Jalan Paya Besar dekat sini, tengah malam semalam.