30 minit usung mayat

Kuala Lumpur: Bermandi peluh. Itu cabaran getir dilalui sekumpulan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang berusaha membawa turun mayat seorang wanita menggunakan laluan tangga dari tingkat sembilan pangsapuri.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari semalam, wanita berusia 50-an itu dikatakan meninggal dunia di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu 5, Jalan Ipoh di sini.

Walau bagaimanapun usaha waris keluarga dan penduduk turun mayat mangsa untuk diuruskan di masjid berhampiran menghadapi kesukaran berikutan kehidupan di kediaman itu mengalami kerosakan teknikal.

Pegawai APM Daerah Sentul, Leftenan (PA) Mohd Khairul Azri Ab Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan meminta bantuan menurunkan mayat mangsa dari tingkat sembilan PPR itu pada jam 12 tengah hari.

Menurutnya, tujuh anggota APM Sentul ke lokasi untuk memberi bantuan kepada keluarga mangsa. Anggota APM menggunakan alat pengusung khas untuk membawa turun mayat wanita seberat 120 kilogram itu.

Kami terpaksa menggunakan tangga sempit untuk membawa turun mayat itu secara berhati-hati. Usaha ini mengambil masa hampir 30 minit dengan dilakukan secara bergilir-gilir katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa turun ke tingkat bawah pangsapuri pada jam 12.45 tengah hari sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan jenazah Masjid Al-Firdaus untuk urusan seterusnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here