Kes letupan bunga api disiasat

Putrajaya, Okt-
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan insiden letupan bunga api di Payan Besar, Kulim berpunca daripada pembakaran bahan letupan disyaki jenis piroteknik yang tidak dibenarkan dijual kepada orang awam.

KDN dalam kenyataan berkata, susulan itu, pihaknya menegaksan bahawa penjualan, pemilikan dan penggunaan bunga api atau mercun yang tidak diluluskan adalah haram di bawah Akta.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.“Dua orang suspek yang disyaki terlibat dalam pembakaran bahan letupan tanpa permit sah telah ditahan.

“Siasatan dijalankan merangkumi aspek kecuaian, pemilikan haram serta pengendalian bahan letupan tanpa kebenaran,” katanya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here