Kuala Pilah, Feb-
Wanita warga emas parah selepas dipercayai ditikam anak perempuannya pada bahagian leher di sebuah rumah di Kampung Segineh Inas, Johol, dekat sini malam tadi.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa ditikam dengan pembuka tin oleh suspek yang dikatakan mempunyai masalah mental.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Mustafah Hussin, berkata mangsa yang berusia 80-an itu berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Rembau.
“Pihak polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian tikaman membabitkan ahli keluarga di Kampung Segineh Inas.





















