Kuala Lumpur, Jun-
Lebih 3,000 penduduk di Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang di sini berdepan detik cemas selepas kampung mereka ‘terkepung’ banjir susulan ban pecah, malam tadi.
Kejadian ban pecah itu dipercayai berlaku kira-kira 10.30 malam susulan hujan berterusan sejak pukul 12 tengah hari hingga malam.
Limpahan air beransur naik menenggelami sebahagian besar rumah penduduk sehingga satu meter selain memutuskan laluan keluar masuk penduduk dengan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda dan berat.
Difahamkan kampung tersebut terletak di kawasan rendah yang menerima limpahan air dari Sungai Langat sekali gus menyebabkan banjir berlaku dengan cepat.




















