Subsidi Upah 2.0 gagal bila Air Asia berhentikan ratusan kakitangannya

Amat malang sekali setelah mengumumkan Program Subsidi Upah 2.0 menjelang hari pengundian di Sabah, tetapi ia telah dimatikan dengan pengumuman Air Asia akan memberhentikan ratusan pekerja tempatan.

Pengumuman Air Asia dibuat seolah-olah apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu tidak berkesan langsung, kata AJK Pemuda AMANAH Nasional, Abbas Azmi.

Menurut beliau, industri seperti penerbangan dan pelancongan adalah industri yang paling terkesan kerana memerlukan pembelaan dari kerajaan.

“Kerajaan PN perlu meningkatkan had maksima penerima Program Subsidi Upah dan juga memberi fokus kepada syarikat besar seperti Air Asia yang turut terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

“Ketika ini Program Subsidi Upah dihadkan kepada 200 penerima sahaja bagi sesebuah syarikat, sedangkan syarikat gergasi seperti Air Asia mempunyai puluhan ribu pekerja tempatan dibawah mereka.

“Seharusnya kerajaan memihak kepada rakyat dan bukannya pihak bank dengan mengarahkan pelanjutan moratorium secara automatik kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana serta rakyat berpendapatan rendah kerana kadar pengangguran masih lagi ditahap yang sangat tinggi, ” ujar beliau.

Tambahnya, laporan RAM Ratings menunjukkan 85 peratus responden pengusaha PKS memerlukan lanjutan moratorium, sebaliknya syarikat mereka akan jatuh bankrap.

Kata belliau lagi, kerajaan PN kini masih lagi gagal untuk menangani masalah pengangguran yang kian meruncing sungguhpun ekonomi telah kembali dibuka dan rakyat akan semakin sengsara sekiranya moratorium tidak diteruskan bagi perusahaan serta rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here