Lima orang rakyat Malaysia mencipta rekod baru dengan menggembara ke Jerman dengan kereta Mercedis lama yang berumur lebih 40 tahun. Mereka memandu kereta Mercedis masing-masing ke Jerman melalui jalan darat yang meliputi lebih 25,000 kilo meter.
Kelima-lima kawan karib itu bernama L.Navin (44), A. Suresh (38), R. Pathmaram (44), D.Danial Thiagarajan (52), K. Lawrence(45). Mereka membuat ciptaan sejarah baru itu dalam masa 45 hari. Semasa bercakap dalam penemuan khas dengan harian Makkal Osai, Navin yang menjadi ketua kumpulan pengembaraan itu berkata itu adalah impian 7 tahun bagi kumpulan mereka.
Sepatutnya persediaan itu mengambil masa lebih 9 bulan beliau menerangkan. Dia menerangkan mereka mengalami perbezaan seratus peratus antara perjalanan melalui darat dengan perjalanan udara. Contohnya, apabila menyeberang setiap negara melalui perjalanan darat, mereka harus berhadapan dengan setiap imigresen yang berada di negara tersebut. Lagipun proses imigresen antara semua negara berbeza beza itu mengambil masa yang panjang sehingga ada melebihi 6 jam pun ada. Lagipun persediaan awal perlu buat untuk semua proses imigresen berkenaan. Walaupun begitu mereka mendapat layanan mesra dari setiap pintu masuk negara yang mereka seberang, beliau menerangkan.
Kumpulan itu memulakan perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke destinasi mereka pada Juai 3 tahun ini. Dalam perjalanan itu mereka menyeberang negara negara seperti Thailand, Laos, China, Kirkistan, Uspekistan, Khazakstan, Rassia, Jorgia, Turki, Greece, Albania, Bulgaria, Rumania, Hungary, Austria, Luxsumburg, Belgiuam, France, Switserland. Mereka singgah lima hari di Jerman dan mengambil bahagian dalam suatu expo Mercedis di situ.























