Kadar kesuburan negara paling rendah sejak lima dekad lalu

Kuala Lumpur, Okt 18.
Kadar kesuburan keseluruhan (TFR) 1.6 anak bagi setiap perempuan berusia 15 hingga 49 tahun pada tahun lalu, direkodkan paling rendah sejak lima dekad lalu. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, data tahun lalu itu juga direkod menurun berbanding 1.7 kadar kesuburan pada tahun sebelumnya.

Mengulas kadar terendah itu, beliau berkata TFR pada 1970 direkodkan pada kadar 4.9 anak bagi setiap perempuan pada tahun 1970.

Sejak 1970 hingga 2012, TFR negara direkodkan di atas paras penggantian iaitu 2.1 anak, yang menunjukkan purata bilangan anak dilahirkan seorang perempuan sepanjang tempoh kesuburannya mencukupi untuk menggantikan dirinya dan pasangannya.

TFR mula menurun di bawah paras penggantian bermula 2013 hingga kini. Trend penurunan kadar kesuburan ini berpotensi mengakibatkan krisis demografi seperti penyusutan pertumbuhan penduduk, penuaan penduduk dan kesan terhadap ekonomi dan sosial,” katanya melalui suatu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here