Halang lalu lintas – Wanita Russia mabuk ditahan

Kuala Lumpur, Okt-
Polis menahan seorang wanita warga Russia yang berkelakuan tidak senonoh dan menghalang lalu lintas di Jalan Setia Perdana Seksyen U13, Setia Alam, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata wanita gelandangan berusia 32 tahun itu juga didapati tiada pengenalan diri.

Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan jam 4.50 petang kelmarin berhubung kejadian itu dan anggota unit kereta peronda bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati wanita itu bersama seekor anjing miliknya berada dalam keadaan mabuk dan bertindak agresif sebelum ditahan.”

Pemeriksaan mendapati wanita itu tiada dokumen pengenalan diri yang sah untuk tinggal di negara ini. Dia datang ke Malaysia sejak empat tahun lalu untuk melancong dan gagal untuk pulang ke negara asal kerana pandemik COVID-19, selain tidak mempunyai simpanan wang secukupnya untuk pulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here