Kuala Lumpur, Jan-
Seorang lelaki melarikan diri dan meninggalkan 800kg beras seludup bernilai RM3,200 selepas kegiatannya dihidu pihak berkuasa di Kampung Cherang Melintang, Tumpat.
Anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa bertugas melihat sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan ketika Op Taring Wawasan pada 1.30 pagi semalam.
Komander Briged Tenggara, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 800kg beras dipercayai diseludup dari Thailand.





















