Kuala Lumpur, Jan-
Masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diminta untuk terus berganding bahu memastikan kemajuan yang diraih negara ketika ini, dapat diteruskan serta memberi manfaat kepada generasi akan datang.
Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan (WP) hari ini berkata WP menjadi simbol kepada kemakmuran Malaysia.
“Hari ini kita memperingati penubuhan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan bukan sahaja pusat kepada pembangunan negara, tetapi juga simbol perpaduan dan kemakmuran Malaysia,” katanya.
Hari WP disambut pada 1 Februari setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai WP dan tahun ini merupakan sambutan kali ke-21 sejak diperkenalkan pada 2004.
Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini bertemakan ‘Wilayah Persekutuan Kita’.





















