Shah Alam, Feb-
Pemimpin veteran DAP, M.Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada generasi muda membawa pembaharuan dalam parti.
“Saya percaya sudah tiba masanya untuk saya berundur dan memberi peluang kepada pemimpin muda menerajui parti. DAP perlu sentiasa segar dalam menghadapi cabaran negara yang semakin berubah,” katanya dalam satu kenyataan.
Kulasegaran, 67, yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat bersama DAP selama 30 tahun, menegaskan bahawa perjuangan DAP dalam menegakkan keadilan, hak asasi manusia, dan tadbir urus yang baik perlu diteruskan.
“Saya menyertai DAP kerana idealisme sosialis dan demokratik yang memperjuangkan keadilan serta kepelbagaian kaum di Malaysia. Ini adalah penghormatan besar buat saya,” katanya.





















