Kuala Lumpur, Mac-
Tan Sri Razarudin Husain bakal mengakhiri tugas sebagai Ketua Polis Negara (KPN) pada Jun ini, selepas dua tahun memegang jawatan berkenaan.
Setakat ini masih tidak dapat dipastikan sama ada kontrak beliau akan disambung semula atau tempatnya akan diambil alih oleh timbalannya, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Secara tradisinya, selaku orang nombor dua dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ayob Khan, 59, dilihat menjadi pilihan utama untuk mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Razarudin, 62, itu.
Apa pun, segala persoalan ini bakal terjawab pada Jun ini, apabila Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenan individu yang dicadangkan hasil daripada mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).





















