Bungkusan mayat ditemui di tepi sungai

Ipoh, Sep-
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan satu bungkusan disyaki mengandungi mayat di kawasan sungai berhampiran Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Kerawat, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun telah membuat laporan selepas dimaklumkan penduduk kampung mengenai penemuan itu.

Beliau berkata siasatan awal di tempat kejadian bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah mengesahkan terdapat satu bungkusan tersangkut pada batang pokok di tepi sungai.

“Pemeriksaan lanjut menemukan satu bungkusan disyaki mengandungi mayat dan identiti mangsa masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here