Tambahan RM5 juta untuk CCTV di sekolah – KPM

Kuala Lumpur, Okt-
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan tambahan RM5 juta bagi tujuan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah terpilih di seluruh negara sebagai langkah segera mempertingkat keselamatan dan mengurangkan risiko kejadian tidak diingini di institusi pendidikan.

KPM memaklumkan langkah itu adalah sebahagian daripada pelan tindakan menyeluruh kementerian itu bagi memperkukuh keselamatan serta menangani isu disiplin murid di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.

“Ia melengkapkan peruntukan awal RM3 juta yang telah diumumkan sebelum ini untuk tujuan sama,” menurut KPM dalam kenyataan hari ini. Selain itu, seramai 10,096 guru baharu termasuk lebih 500 Guru Bimbingan dan Kaunseling akan ditempatkan di sekolah seluruh negara mulai November 2025, bagi membantu memenuhi keperluan semasa dan memperkukuh aspek psikososial murid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here