Covid-19 kematian 240

covid

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 240 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perangkaan dikeluarkan GitHub. Daripada jumlah terbabit, 71 kes diklasifikasi sebagai kematian di luar hospital (BID) dan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 25,935.

Johor mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 47, diikuti Selangor (41), Sabah (38), Kuala Lumpur (21), Kedah (20), Pulau Pinang (18), Sarawak (15), Kelantan (14) Perak (19), Terengganu (tujuh), Melaka (empat), Pahang (empat) dan Perlis (satu).Tiada kes kematian direkodkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 177,560 kes aktif dilaporkan termasuk 986 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 574 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here