NAJIB MEMPUNYAI HAK

IPOH –

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak untuk mengambil apajua tindakan terhadap rakaman audio berhubung kebocoran maklumat berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd .

Biar beliau buat apajua kehendakannya terhadap kebocoran rakaman itu. Itu adalah hak beliau. Latheefa Koya berkata demikian setelah berjumpa dengan  Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini , sempena lawatan kerja yang pertamanya ke negeri ini.

Pada masa yang sama beliau berkat perkara ini akan diserahakan untuk siasatan sepenuhnya oleh pihak berkuasa polis. Beliau menegaskankan pihak  SPRM juga mempunyai hak untuk siasat perkara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here