Sokongan harus dari MP yang jujur mahu selamatkan negara

Sebarang sokongan daripada mana-mana Ahli Parlimen harus datang dari keinginan jujur yang mahu menyelamatkan negara, demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Terutama, katanya mahu menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi serta COVID-19 yang memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, dinamik dan kuat.

Jelas beliau lagi, komitmen terhadap keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan memelihara integriti kerajaan yang baharu tidak akan dikompromi sama-sekali.

“Kerajaan mesti fokus bagi memantapkan tatakelola dan melaksanakan reformasi institusi termasuk kehakiman.

“Kenyataan bahawa ramai Ahli Parlimen Umno-BN telah beralih sokongan dan kini menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim telah jelas memperlihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti sebagai Perdana Menteri.

“Sejajar dengan itu Ahli-Ahli Parlimen PKR memberi sokongan penuh langkah dan usaha yang diambil bagi mengembalikan mandat rakyat pada 9 Mei 2018 dengan memberi tumpuan ke arah memacu pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kesenjangan miskin dan kaya,” tegasnya.

Terdahulu, Anwr Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti yang meyakinkan dari ahli parlimen bagi membentuk kerajaan baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bukan itu sahaja, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut memberi lampu hijau kepada ahli parlimen Umno dengan menyatakan parti mereka tidak berhak menghalang mana-mana ahli parlimen untuk menyokong Anwar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here