Tiga beranak maut dihempap pokok

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, penunggang motosikal jenis Honda Wave, Nor Azhana Othman, 49, dan dua anaknya yang membonceng kenderaan itu, Siti Nurinsyirah Hasanuddin, 17 dan Muhamad Arif, 12, maut di tempat kejadian.

“Mangsa dikatakan datang dari kawasan Parit Siba dan melalui kawasan tersebut dengan menaiki motosikal.

“Namun ketika sedang melalui jalan terbabit, tiba-tiba sebatang pokok kelapa sawit yang berketinggian 7.62 meter dan dua meter ukur lilit menghempap mereka, mengakibatkan semuanya meninggal dunia di tempat kejadian di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here