Pengubahan wang haram: ‘Datuk’ ditahan

Seorang lelaki bergelar Datuk ditahan di rumahnya sini, semalam, bagi membantu siasatan berhubung penggubahan wang haram, selain kes menyamar sebagai pegawai bank.

Timbalan Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram (AMLA) Urusetia Ketua Polis Negara Bukit Aman, ACP Amran Yaacob berkata, suspek ditahan reman sehingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau berkata penahanan itu dibuat ekoran satu laporan pada 9 Jan lepas, dimana suspek dipercayai telah memperdaya seorang akauntan sebuah perbadanan, dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank serta menawarkan pelaburan dalam Skim Simpanan Tetap.

Beliau berkata sepanjang tempoh 2015 hingga 2018, mangsa mendakwa telah menerima penyata akaun untuk pelaburan tersebut dan selepas diperiksa, didapati ia sebenarnya adalah pelaburan di Unit Amanah dan suspek telah memberikan penyata akaun yang palsu.

Amran berkata ekoran penipuan dilakukan suspek, mangsa mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM40 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here