Tujuh beranak rentung dalam kebakaran

Tujuh sekeluarga rentung selepas rumah kayu didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Bandau, Membakut, dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan, ketika di hubungi Bernama, berkata tujuh mangsa itu terdiri daripada ibu bersama tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan rentung dalam kejadian jam 1.16 pagi.

Bagaimanapun, suami dan seorang anak lelaki mengalami kecederaan.

“Selepas menerima panggilan kecemasan, BBP Kimanis bergegas ke lokasi kejadian sejauh 17 kilometer dan mendapati rumah kayu bertiang itu sudah terbakar sepenuhnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here