PUTRAJAYA –
Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini mengambil inisiatif menyediakan tiga khemah serta kerusi untuk kegunaan pengamal media yang berkampung di hadapan bangunan Perdana Putra di sini.
Dua daripada khemah itu didirikan di pintu masuk protokol, laluan yang digunakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memasuki pejabat serta tetamu khas Perdana Menteri, manakala satu lagi khemah dipasang di hadapan pintu masuk awam.
Inisiatif itu diambil selepas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan melakukan tinjauan dan beramahmesra dengan petugas media yang mula berhimpun di dua lokasi itu, semalam.