Malaysia lebih gembira di bawah Barisan Nasional

Index Kebahagiaan Dunia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan ranking negara merudum sebanyak 46 anak tangga.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, negara sekarang berada di tangga 81 dunia berbanding di tangga ke 35 pada 2018 iaitu ketika Barisan Nasional menjadi kerajaan.

“Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengukur kemajuan sesebuah negara bukan hanya berasaskan kepada pembangunan fizikal dan angka-angka KDNKnya semata-mata.

“Tetapi turut mengukur tahap kegembiraan rakyat berdasarkan tahap emosi negatif dan positif mereka. Apa makna lebuhraya lebar dan banyaknya bangunan pencakar langit jika rakyat hidup dalam kesedihan dan kemurungan?

“Ini fakta penting. Bukan saya kata, bukan UMNO kata, tetapi Bangsa-Bangsa Bersatu yang kata. Rakyat Malaysia lebih happy di bawah Barisan Nasional,” katanya.

Zahida berkata demikian dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Zahida turut mempersoalkan sama ada para menteri peduli atau tidak dengan kegembiraan rakyat.

“Kita tanya adakah menteri-menteri kita ‘kesah’ rakyat happy ataupun tidak? Atau
mereka tak kesah asalkan mereka saja yang happy?.

“Bagi kita yang lebih penting adalah semua rakyat happy, mari kita kembalikan zaman Barisan Nasional. Kegembiraan pasti terjamin,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here