Jumlah kes positif covid 19 di seluruh dunia kini melebihi 5.58 juta menurut data worldometers setakat pagi ini. Ia menyaksikan pertambahan 100,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Enam negara mencatatkan kes positif melebihi 200,000 dengan Amerika Syarikat satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta, dengan jumlah kumulatif 1.7 juta. Dari segi kematian AS juga mencatatkan angka tertinggi, iaitu hampir 100,000.
Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 ialah Brazil, Rusia, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.
Brazail berada di tangga kedua dengan 376,669 kes, Rusia 353,427, Sepanyol 282,480 kes, United Kingdom 261,184 kes. Itali pula mencatat 230,158 kes.
Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 ialah Perancis, Jerman, Turki, India, Peru dan Iran.