Saifuddin adakan lawatan rasmi ke China

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, akan mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke China, bermula hari ini, atas undangan Menteri Luar China yang juga Ahli Dewan Negara, Wang Yi.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sempena lawatan itu, kedua-dua menteri akan mempengerusikan bersama mesyuarat sulung Jawatankuasa Peringkat Tinggi (JPT) Kerjasama Pasca Era COVID-19 yang ditubuhkan secara rasmi pada April lalu.

Lawatan ini menandakan hubungan erat serta kesediaan Malaysia dan China untuk mempelopori usaha pemulihan serta mempromosikan pertumbuhan dan kemakmuran kedua-dua negara selepas kesan buruk wabak COVID-19, katanya. Mesyuarat berkenaan akan diadakan dalam format hibrid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here