Bukit Broga Ditutup Dua Minggu Mulai 27 Jun

Lokasi pendakian terkenal, Bukit Broga, Semenyih, Selangor terpaksa ditutup buat sementara waktu. Perkara tersebut dimaklumkan melalui kenyataan yang dikongsikan di Facebook APM Daerah Hulu Langat.

“Dimaklumkan bahawa hasil mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor pada semalam telah bersetuju untuk menutup Bukit Broga bagi sebarang aktiviti pendakian.

“Ia disebabkan berlakunya pelanggaran SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Difahamkan, penutupan sementara itu dikuatkuasakan selama dua minggu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan mengeluarkan arahan penutupan bukit tersebut mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan – No. 7) 2020.

“Mohon agensi-agensi berkaitan dapat membuat hebahan dan pemantauan terhadap pematuhan SOP yang telah ditetapkan,” tambah kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, tular di media sosial sekeping foto menunjukkan keadaan trek pendakian Bukit Broga yang begitu sesak dengan pengunjung.

Berdasarkan situasi tersebut, dipercayai mereka tidak mengamalkan penjarakan fizikal, selain didapati kebanyakan mereka tidak memakai penutup muka.

Keadaan trek yang begitu sesak sehingga tiada penjarakan fizikal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here