Jerman terbaharu laksana semula sekatan pergerakan

Jerman menjadi negara terbaharu yang melaksanakan semula sekatan pergerakan untuk menangani satu kluster CO-VID-19 kelmarin, manakala bintang tenis Novak Djokovic telah dijangkiti penyakit tersebut dan memohon maaf kerana menganjurkan satu acara selepas tiga pemain lain turut didapati positif dalam saringan.

Keraguan masih berkisar tentang kemungkinan meng-adakan acara sukan berskala besar atau perhimpunan besar-besaran lain – Arab Saudi mengumumkan hanya 1,000 orang sahaja akan dibenarkan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, segelintir sahaja daripada jumlah 2.5 juta jemaah haji pada tahun lepas.

Saintis masih bergelut dengan asas virus berkenaan tetapi sinar harapan kelihatan kelmarin – Afrika Selatan mengumumkan ia telah melancarkan ujian bagi vaksin berpotensi yang sedang diusahakan di Britain.

Bagaimanapun, berita ekonomi ternyata suram, dengan data baharu dari Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang membayangkan perdagangan global berdepan dengan kejatuhan suku tahunan terbesar dalam rekod pada suku tahunan ini selepas me-ngalami sekatan pergerakan yang menyebabkan puluhan juta manusia menganggur dan memusnahkan seluruh industri.

Kes virus kini sudah mengatasi sembilan juta di seluruh dunia, dengan jumlah yang masih terbanyak di benua Amerika – Amerika Syarikat (AS) masih negara paling teruk terjejas, diikuti Brazil.

Bagaimanapun Presiden Donald Trump terus me-ngambil laluan yang berbeza berbanding kebanyakan pemimpin lain.

Beliau menimbulkan kemarahan Sabtu lepas apabila beliau mendakwa beliau telah meminta pegawai untuk memperlahankan kadar saringan bagi mengurangkan jumlah jangkitan yang dilaporkan secara terbuka.

Namun dakwaannya dicanggahi kelmarin oleh pakar penyakit berjangkit terkemuka kerajaan, Anthony Fauci, yang memberitahu Kongres “tiada seorang pun daripada kami yang pernah diarah untuk memperlahan-kan saringan”.

“Malah, kami akan menjalankan lebih banyak saringan,” katanya.

Eropah telah perlahan-lahan melonggarkan sekatan pergerakan dan sekatan perjalanan manakala kadar kematian dan jangkitan sudah stabil.

England merupakan negara terbaharu yang mengumumkan kelonggaran langkah dengan membenarkan pub, restoran, hotel dan pendandan rambut dibuka semula bermula 4 Julai.

Sukan tenis berharap untuk mencontohi sukan berpasukan seperti sukan bola sepak dan kembali ke arena dan stadium, tetapi saringan positif Djokovic telah menjejaskan prospeknya.

Pemain Serb itu mengesah-kan beliau telah dijangkiti penyakit itu selepas satu kejohanan pertunjukan yang beliau anjurkan, dan memohon maaf kepada tiga pemain lain yang turut didapati positif  selepas acara berkenaan.

“Saya amat menyesal ke-rana kejohanan kita telah menyebabkan kemudaratan,” tulis juara Grand Slam sebanyak 17 kali itu dalam Twitter.

Menggambarkan keadaan tidak menentu yang dirasai di seluruh Eropah, Jerman terpaksa melaksanakan sekatan pergerakan ke atas seluruh sebuah daerah buat pertama kali sejak ia melonggarkan sekatan – 360,000 orang di Guetersloh di bahagian barat laut kini disekat pergerakan.

Langkah itu diambil selepas wabak yang berlaku di sebuah rumah sembelih telah menjangkiti lebih 1,500 pekerja.

“Saya sebenarnya sudah menjangkakan ini jauh lebih awal,” kata penduduk Guetersloh, Ullrich Wegner, mengenai sekatan pergera-kan.

Wabak COVID-19 di rumah sembelih di Jerman dan Perancis telah menarik tumpuan kepada keadaan sukar yang dihadapi pekerja – kebanyakan mereka ber-asal dari Romania atau Bulgaria.

Portugal turut melaksanakan sekatan baharu di ibu negara Lisbon dan sekitarnya kelmarin manakala China dan Jepun turut bertarung de-ngan wabak terpencil  yang menggariskan potensi virus itu yang masih ada.

Kerosakan ekonomi yang disebabkan oleh virus itu dan sekatan pergerakan dikete-ngahkan kelmarin oleh WTO, yang meramalkan perdaga-ngan global akan merudum sebanyak 18.5 peratus dalam suku kedua tahunan.

Ketua Pengarah WTO Roberto Azevedo berkata kejatuhan itu adalah yang paling curam dalam rekod, tetapi keadaan boleh jadi lebih buruk lagi.

Walau bagaimanapun WTO memberi amaran bahawa keadaan ekonomi global dalam tempoh dua tahun akan datang tetap “amat tidak menentu”.

Tanpa vaksin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menuntut peningkatan cepat dalam pengeluaran steroid dexamethasone, yang didapati memiliki potensi untuk menyelamatkan nyawa bagi merawat kes paling serius.

Afrika Selatan mengumumkan ia akan memulakan ujian pertama bagi sejenis vaksin di benua Afrika, dengan mendaftar 2,000 orang untuk mencuba ChAdOx1 nCoV 19, yang sedang dibuat oleh Oxford Jenner Institute.

Ubat itu sudah pun dikaji di Britain dan satu lagi skim perintis dijadual dilaksanakan di Brazil.

“Pada waktu kita memasuki musim salji di Afrika Selatan dan tekanan meningkat ke atas hospital awam, sekarang lebih daripada selama ini kita memerlukan vaksin untuk mencegah jangkitan COVID-19,” kata profesor vaksinologi di Universiti Witwatersrand, Shabir Madhi.

Ujian itu merupakan “peristiwa yang amat penting”, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here