Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 23 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,294 kes.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.
Sehingga pukul 12:00 tengah hari ini, terdapat 6 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,606 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah kurang daripada 200 kes, iaitu 191 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
KKM juga memaklumkan bahawa sehingga hari ini tiada pertambahan kes kematian dilaporkan di Malaysia.