Covid-19: Selangor rekod dua kes baharu, satu tiada gejala

Selangor mencatatkan dua kes baharu Covid-19 hari ini dengan satu dikesan tidak bergejala di daerah Petaling.

Menurut Bilik Gerakan Covid-19 Selangor, satu lagi merupakan kes import yang dijangkiti dari Fiji.

Keseluruhannya, negeri itu mencatatkan 2,046 kes dengan 31 daripadanya aktif.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor menasihatkan orang awam tidak mensia-siakan tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan meskipun kes harian rendah kebelakangan ini.

“Disiplin mengamalkan penjagaan kendiri dan sentiasa berpesan saling mencegah,” tulisnya di Facebook malam ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan hanya tiga kes baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 8,637 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here