Temui Artifak Berusia 8,500 Tahun Di Australia

Para penyelidik didakwa telah menemui  tapak arkeologi Orang Asli di dalam airyang terdapat di luar pantai Australia dan meramalkan bahawa terdapat banyak lagi yang masih belum ditemui, lapor CNN.

Menurut kajian yang diterbitkan di dalam jurnal PLOS ONE, banyak penempatan dibina di kawasan yang berada di daratan kering pada akhir ‘zaman ais’ ketika permukaan laut lebih rendah namun tenggelam ketika paras air laut naik.

Sepasukan penyelidik yang diketuai oleh ahli arkeologi, Jonathan Benjamin dari Flinders University di Adelaide juga berkata bahawa pantai Australia terbentang sejauh 100 batu lebih jauh ke laut berbanding sekarang, jadi kemungkinan banyak tempat purba berada di bawah air.

Para saintis menghantar penyelam untuk menjelajah ke lokasi-lokasi yang sama dan menggunakan pelbagai teknik seperti penderiaan jauh di bawah air.

Mereka menemui dua tapak di barat laut Australia iaitu yang pertama di Cape Bruguieres Channel yang mengandungi artifak yang sekurang-kurangnya berusia 7,000 tahun. Di tapak kedua iaitu di Flying Foam Passage, mereka menemui satu artifak yang berusia 8,500 tahun.

Sebahagian besar artifak itu mempunyai hidupan laut yang tumbuh di atasnya namun pasukan tersebut juga dapat mengenal pasti sejumlah alat batu yang diusahakan termasuk dua kemungkinan batu penggiling.

Hasil kajian menunjukkan bahawa teknik penerokaan ini berguna dalam mengesan tapak arkeologi bawah laut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here